Khamis, 28 Januari 2010

KTAM



Huhuhu..giler lama pic ni. Aku pun takdak simpanan pic ni dan tak ingat pun ada amik gambo pas hari sukan. Masa ni, aku form one.
Nama sekolah aku Kolej Tunku Ampuan Mariam...mmm..nama jek kolej...tapi....

Rabu, 27 Januari 2010

Futsal



Main futsal sempena aktiviti Hari Ukhwah d'Marso sesi Julai 2009. Bagi sokongan kepada Fizah Hussin walaupun aku baru baik dari terseliuh. Coach yang tudung biru cum our manager discuss the strategy...







Nasib baik ada anak PA....TQVM Farha...Sayang awak lebih...







Tu dia....this is my first time playing futsal....
uhhh...sangat tired...aku rasa nie the first and will be the last aku main futsal...tobat arr..pasni....

Black n White

Aku memang suka pic yang black n white...tapi, aku paling suka kalau pic tu di shoot dengan SLR Camera. Pic ni guna digital camera biasa, bukan SLR....Pic taken during my 30th birthday @ Kenny Rogers Restaurant, Mahkota Parade.

Senamtari PUSPANITA


Sebenarnya, aku sesaje jek nak join senamtari coz nak exercise...belakang citer, masuk gak coz dah tak cukup orang...cume yang sedihnya masa ni, dalam jam 6 pagi (tak ingat date)..dapat berita bahawa Kak Ajie telah meninggalkan kite semua...ralatnya sebab tak dapat nak melawat arwah buat kali terakhir sebab pada hari itu jugak merupakan hari pertandingan. Namun, kenangan bersama arwah merupakan kenangan terindah...Mudah-mudahan, damailah rohnya disana...Pst..PMM dapat tempat ke-3 untuk Pertandingan Senamtari.

Farewell Diana

 
Rindu kat Syahmi a.k.a BOBOT.....
emmm...aku paling tak suka kalau si Diana ni pakaikan Bobot dengan baju ala-ala pantai ni...Diana...hang jangan pakaikan dia lagi baju ni..nampak sangat kepantaitimuran la..

Singgah di Marang


Setelah berpenat di Kem Hulu Telemong, Terengganu, aku meminta jasa baik brader2 driver untuk singgah beli keropok lekor. Sportingnyer brader driver ni, depa bawak kami ke tempat keropok yang sedap di Marang. Yang paling bestnyer kat kedai keropok lekor tu, bile kite test rasa kopok, tauke tu siap bagi air free lagi...dan... kami pun makan dan makan sambil menikmati pemandangan indah di tepian pantai....

Dan sempat posing sebelum naik bas....untuk anak-anak di gambar ini..."Jangan nakal-nakal..."

Khidmat bakti masyarakat


Kalau tak silap aku, gambar nie di ambil pada tahun 2008. Ini merupakan aktiviti khidmat masyarakat di rumah anak yatim Jasin dan merupakan assignment untuk subjek 'Sekolah dan Masyarakat'....iaitu subjek En. Rizal Madar.Walaupun sebelum buat assignment ini agak stress, tapi aku dan kawan-kawan rasa agak release tension. Emm...salah satu terapi untuk menghilangkan rasa tension...Dan alhamdulillah, aku dan kawan-kawan berjaya menamatkan pengajian di UTHM  pada tahun berikutnya. Terima kasih duhai pensyarah-pensyarah di Fakulti  Pendidikan, UTHM.

Kenangan di Pasir Salak


Siapa yang tak tau sejarah Pasir Salak? Kalau cakap Pasir Salak, mesti kita akan kaitkan dengan sejarah pembunuhan  JWW Birch, kan? Aku pun tak sangka aku boleh sampai ke Pasir Salak. Kalau tak kerana kem BTN, takdelah aku sampai ke sini. Seronok kat Pasir Salak ni...hehehe...."pemandangan indah"...

Ahli group BTN di Pasir Salak Resort, Perak. Masa senggang ni kami ambil kesempatan untuk menghayati sejarah tempatan.

Isnin, 25 Januari 2010

Motif???


Oppssss.....yang mana satu ek?

Cube teka...


Kekadang, biler bersukan, kita tak perasan laku spontan di tengah permainan...hehehe...cube la teka, siapakah manusia ini??? 

Ada skill tu nak mengampung diri....caya lah beb!

MSP 10pin Bowling


Sempat 'pose' sebelum berlangsung majlis penutupan MSP 10Pin Bowling. Perlawanan bowling di adakan di Melaka International Bowling Centre (MIBC) dan majlis penutupan pula di adakan di Ancasa Hotel, Melaka. Walaupun penat berdiri,....tapi masing-masing tersenyum lebar biler part bergambar...Yang penting, kerja mesti 'happy...!!!' 

Geng Commerce Department....dan meriahnya trio yang kat bawah ni...
(baju korporat nie macam biasa tengok lar...huhuhu... 
pst...kak! jangan lupa kunci jam kat blok dan rondaan sekali ek..)


Khamis, 21 Januari 2010

Biro Tatanegara


 Ini merupakan sebahagian aktiviti kelab d'Marso bagi sesi Januari 2009. Maybe, aku sedikit terlambat untuk upload pic ni. Masa nak jalankan program ini, banyak ku dengari suara-suara protes dari student. Maklum ajelah, program BTN ni diadakan pada cuti pertengahan semester diaorang yang hanya lebih kurang seminggu sahaja. Namun, demi memberikan pengalaman dan juga merangkap percutian percuma, aku paksa juga student ini menghadiri kem BTN, especially anak-anak buah jagaanku...(cuma ada seorang yang tak attend...setelah aku berusaha memujuk...). Kem BTN ni diadakan di Kem Hulu Telemong, Terengganu.


Di kesempatan ini, aku mengucapkan terima kasih kepada urusetia BTN Cawangan negeri Melaka, En. Zul, En Rainee, barisan  fasilitator dan rakan pensyarah yang turut menjayakan program BTN.

Picasa...
Aku gunakan software Picasa untuk editing pic ni. Actually, guna Picasa memang mudah bagi orang yang 'tersangatlah' rajin macam aku...huhuhu
Tapi, paling bagus kalau nak buat editing still photo, guna Adobe Photoshop...manual editing lagi memberikan satisfaction...effectnya lagi cantik....Apapun, bagus jugak ada Picasa ni....dan  inilah antara hasilnya..

"My Lovely Samsoon"
Drama Korea ni merupakan salah satu fave aku. Actually, cd ni aku pinjam dari seorang kawan. Masa nak tengok tu, bercinta jugak lah...amik masa, sebab tak pasti citer nie best ke tidak. Tapi, bile dah mula tengok, aku dah tak boleh buat keja lain. Memang kena habiskan jugak...Kalau tidak, hidup tak keruan...huhuhu...
Apa yang aku dapat dari cerita ini ialah saiz  dan umur bukannya ukuran untuk seseorang itu menerima seseorang yang lain dalam kehidupan. Yang bestnya, heroin berbadan besar ini dapat mencuri hati jejaka yang lebih muda dan hensem pulak tu...
Namun, apa yang penting dalam sesuatu hubungan itu adalah 'confident', 'trust' dan 'understanding'.

Rumah idaman


Rumah ini adalah rumah favourite aku bile aku melalui jalan Kesang-Melaka. Mesti aku tercari-cari rumah ni kalau lalu jalan ni.Actually, ada 3 buah rumah yang berderet , yang mempunyai rekabentuk yang lebih kurang sama….(rumah papan…). Aku beranggapan, mesti rumah nie mempunyai anak dara yang sangat rajin.Rajin mengemas segala laman dan rumah itu sendiri. Kepada pemilik rumah ni, mohon kemaafan sebab ambil gambar dari jauh…dan tanpa kebenaran....

Selasa, 19 Januari 2010

my lovely hamsterssssssssssssssssss



"Kikin saya dah beranak lagi...."

Masuk nie dah dua kali Kikin beranak...first dulu, Kikin dapat anak 5...kali nie pulak, Kikin dapat 4 ekor jek...
Masa tau dia dah beranak, aku dah merancang dan bercadang2 utk menjual anak-anak Kikin kat pet shop. Tapi, hari berikutnya, aku dapati 2 dari anak Kikin dah takde....yang tinggal 2 nie, takpasti, dapat survive ke tidak...Mudah2an, panjang ler umur depa nie....hehehehe..dapat ler aku, si tuan Kikin, rolling balik duit modal yang dah dilaburkan..hehehehe...