Khamis, 21 Januari 2010

Biro Tatanegara


 Ini merupakan sebahagian aktiviti kelab d'Marso bagi sesi Januari 2009. Maybe, aku sedikit terlambat untuk upload pic ni. Masa nak jalankan program ini, banyak ku dengari suara-suara protes dari student. Maklum ajelah, program BTN ni diadakan pada cuti pertengahan semester diaorang yang hanya lebih kurang seminggu sahaja. Namun, demi memberikan pengalaman dan juga merangkap percutian percuma, aku paksa juga student ini menghadiri kem BTN, especially anak-anak buah jagaanku...(cuma ada seorang yang tak attend...setelah aku berusaha memujuk...). Kem BTN ni diadakan di Kem Hulu Telemong, Terengganu.


Di kesempatan ini, aku mengucapkan terima kasih kepada urusetia BTN Cawangan negeri Melaka, En. Zul, En Rainee, barisan  fasilitator dan rakan pensyarah yang turut menjayakan program BTN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan