Isnin, 25 Januari 2010

Cube teka...


Kekadang, biler bersukan, kita tak perasan laku spontan di tengah permainan...hehehe...cube la teka, siapakah manusia ini??? 

Ada skill tu nak mengampung diri....caya lah beb!

MSP 10pin Bowling


Sempat 'pose' sebelum berlangsung majlis penutupan MSP 10Pin Bowling. Perlawanan bowling di adakan di Melaka International Bowling Centre (MIBC) dan majlis penutupan pula di adakan di Ancasa Hotel, Melaka. Walaupun penat berdiri,....tapi masing-masing tersenyum lebar biler part bergambar...Yang penting, kerja mesti 'happy...!!!' 

Geng Commerce Department....dan meriahnya trio yang kat bawah ni...
(baju korporat nie macam biasa tengok lar...huhuhu... 
pst...kak! jangan lupa kunci jam kat blok dan rondaan sekali ek..)


Khamis, 21 Januari 2010

Biro Tatanegara


 Ini merupakan sebahagian aktiviti kelab d'Marso bagi sesi Januari 2009. Maybe, aku sedikit terlambat untuk upload pic ni. Masa nak jalankan program ini, banyak ku dengari suara-suara protes dari student. Maklum ajelah, program BTN ni diadakan pada cuti pertengahan semester diaorang yang hanya lebih kurang seminggu sahaja. Namun, demi memberikan pengalaman dan juga merangkap percutian percuma, aku paksa juga student ini menghadiri kem BTN, especially anak-anak buah jagaanku...(cuma ada seorang yang tak attend...setelah aku berusaha memujuk...). Kem BTN ni diadakan di Kem Hulu Telemong, Terengganu.


Di kesempatan ini, aku mengucapkan terima kasih kepada urusetia BTN Cawangan negeri Melaka, En. Zul, En Rainee, barisan  fasilitator dan rakan pensyarah yang turut menjayakan program BTN.

Picasa...
Aku gunakan software Picasa untuk editing pic ni. Actually, guna Picasa memang mudah bagi orang yang 'tersangatlah' rajin macam aku...huhuhu
Tapi, paling bagus kalau nak buat editing still photo, guna Adobe Photoshop...manual editing lagi memberikan satisfaction...effectnya lagi cantik....Apapun, bagus jugak ada Picasa ni....dan  inilah antara hasilnya..

"My Lovely Samsoon"
Drama Korea ni merupakan salah satu fave aku. Actually, cd ni aku pinjam dari seorang kawan. Masa nak tengok tu, bercinta jugak lah...amik masa, sebab tak pasti citer nie best ke tidak. Tapi, bile dah mula tengok, aku dah tak boleh buat keja lain. Memang kena habiskan jugak...Kalau tidak, hidup tak keruan...huhuhu...
Apa yang aku dapat dari cerita ini ialah saiz  dan umur bukannya ukuran untuk seseorang itu menerima seseorang yang lain dalam kehidupan. Yang bestnya, heroin berbadan besar ini dapat mencuri hati jejaka yang lebih muda dan hensem pulak tu...
Namun, apa yang penting dalam sesuatu hubungan itu adalah 'confident', 'trust' dan 'understanding'.

Rumah idaman


Rumah ini adalah rumah favourite aku bile aku melalui jalan Kesang-Melaka. Mesti aku tercari-cari rumah ni kalau lalu jalan ni.Actually, ada 3 buah rumah yang berderet , yang mempunyai rekabentuk yang lebih kurang sama….(rumah papan…). Aku beranggapan, mesti rumah nie mempunyai anak dara yang sangat rajin.Rajin mengemas segala laman dan rumah itu sendiri. Kepada pemilik rumah ni, mohon kemaafan sebab ambil gambar dari jauh…dan tanpa kebenaran....

Selasa, 19 Januari 2010

my lovely hamsterssssssssssssssssss



"Kikin saya dah beranak lagi...."

Masuk nie dah dua kali Kikin beranak...first dulu, Kikin dapat anak 5...kali nie pulak, Kikin dapat 4 ekor jek...
Masa tau dia dah beranak, aku dah merancang dan bercadang2 utk menjual anak-anak Kikin kat pet shop. Tapi, hari berikutnya, aku dapati 2 dari anak Kikin dah takde....yang tinggal 2 nie, takpasti, dapat survive ke tidak...Mudah2an, panjang ler umur depa nie....hehehehe..dapat ler aku, si tuan Kikin, rolling balik duit modal yang dah dilaburkan..hehehehe...